Sejujurnya seronok membaca kerana penulisan A.Samad Said amat berbeza dengan penulis-penulis lain. Jadi, keunikan A.Samad Said menulis memang jelas dapat dilihat dan dibaca daripada cara beliau menulis dan menerangkan ciri-ciri karakter yang terdapat dalam novel beliau.
Bagi saya penulisan Cinta Fansuri sedikit sukar difahami mungkin kerana kurang menghayati ketika membaca atau kurang fokus sehinggakan diakhiri pembacaan Cinta Fansuri, saya sendiri yang menyoal diri 'apa ni'.
Namun begitu, baca lah. Mungkin pembaca lain dapat memahami Cinta Fansuri dengan lebih mendalam daripada saya.