Filem yang sangat bagus untuk ditonton. Garapan penceritaan yang sangat halus dan terperinci. Penuh dengan emosi dan harapan yang mungkin tidak dapat digapai oleh sebuah robot ciptaan manusia yang dibina khas untuk kasih sayang ibubapa terhadap seorang anak.
Tahniah buat Steven Speilberg kerana menghasilkan sebuah karya yang sangat baik menerusi filem ini.
Sediakan tisu dengan cukup kerana pengakhiran cerita yang amat sayu, dimana harapan seorang anak yang tanpa henti mengembara seorang diri bersama patung beruang mainan demi mendapatkan kasih sayang dari seorang ibu yang dikasihi.
Walaupun sebenarnya dia tidak menyimpan dendam (kerana dia sebuah robot, jadi tiada perasaan dendam) terhadap anak kandung ibubapa nya yang merasakan tergugat dengan kehadiran David di dalam keluarganya setelah sembuh dari sakit.
Tidak menyangka akhir cerita yang amat memilukan, sebuah robot AI mengalirkan airmata kegembiraan kerana hajat yang di impikan selama ini termakbul walaupun hanya seketika. Berdamailah dengan tenang di sana David bersama Ibu mu (walaupun ia adalah rekaan cerita, namun memberi impak yang seakan realiti).
Tontonlah dengan keluarga bersama anak, ia nya penuh dengan pengajaran yang amat bagus kepada anak-anak dan ibubapa betapa pentingnya kasih sayang di dalam sebuah keluarga. Tiada yang lebih berharga daripada perhatian dan kasih sayang ibubapa terhadap pembesaran anak-anak. Kepada adik-adik yang menonton, hargailah ibubapa anda selagi mereka bernyawa, dan gembirakan lah ibubapa anda semampunya. Tatkala mereka tiada, baru kita sedar akan kehilangan yang besar disisi kita.
Terima kasih sekali. Selamat menonton dan menangis ye ! Haha.