Filem bahasa Tamil ni tengah trending di #Netflix Malaysia. Watak utama dilakonkan oleh Vijay Sethupathi, antara pelakon popular dalam industri Kollywood.
SINOPSIS
Maharaja(Vijay) adalah seorang penggunting rambut di salon miliknya, satu hari beliau pergi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan 'Lakshmi', sebuah tong sampah miliknya. Polis pun pelik dan bengang la, takkan la hilang tong sampah sampai nak report polis. Apakah kesudahannya?
1. Filem ni bergenre action crime thriller yang sarat dengan adegan drama, aksi brutal dan yang paling utama adalah plot twist demi plot twist demi plot twist TERHEBAT! dan execution dalam filem ni sangatlah hebat dan menarik. Kudos kepada penulis skrip dan pengarah.🔥
2. Filem ni juga boleh diletakkan sebagai non linear timeline genre di mana seringkali scene dan plot bertukar-tukar dengan tiba-tiba dari tahun sekarang (2024) ke 15 tahun belakang (2009) dan juga tahun di antaranya. Kena sentiasa fokus supaya tak pening.
3. Tema dan mesej filem ni adalah kasih sayang seorang ayah kepada anak perempuan, dendam kesumat yang membawa kemusnahan dan kebobrokan penjawat awam menerima rasuah (polis khususnya) yang dianggap normal. Semuanya diadun sempurna membawa kepada penghujung yang boleh dinilai berbeza dari setiap penonton.
4. Lakon layar, skrip, lakonan, colour grading, cinematography sememangnya top notch. Cuma editing ja macam kureng sikit, ada beberapa part tak di edit elok dan juga yang rushing sampai tak sempat nak recap, tapi overall best🔥
5. Banyak scene serta dialog yang memorable dan mendalam seperti si penjahat yang cium kaki anak perempuan dia, polis makan rasuah tapi masih waras dan tapak kaki berdarah di hujung filem.
6. Korang wajib tonton filem ni kalau mahukan kelainan, tapi kalau dah selalu tonton filem Tamil, Malayalam, Kannada atau Telugu, actually filem plot twist jenis ni macamni banyak je dah dibuat. Abam cadangkan filem Evaru, Ratsasan, Drishyam and beberapa lagi tajuk, lupa dah.
Rating: (8.5/10)🔥