2 ibu yang berduka, demi menyiasat tentang kematian dan mati suri 2 anak perempuan, ketua penjenayah perlu dibangkitkan semulaโฆ Sayang sekali kebenaran pahit harus mereka telan tentang cerita cerita tentang 3 anak remaja dan cerita skam besar di negara fikif BEKHA.
9 episod setiap satu berdurasi 50 minit membawa lakonan mantap dari Angelica Lee, Shu Qi, Fu Meng Po (Chang Shi Kai) dibantu oleh pemeran pemeran dari Taiwan dan Thailand. Patrick Natawat Frinkler aktor muda Thailand dengan kefasihan Mandarin dan Thai. Dalam episode 5 terdapat 3 pelakon yang menggunakan Bahasa Melayu.
The Resurrected berada di premis penceritaan yang baik, kelihatan jelas ia ingin diperpanjangkan menjadi 9 episod 490 minit lebih โ jadi ia kelihatan SERABUT dengan kiat semula penceritaan. Tidak boleh ditonton secara tangkap ular.
Kegiatan skam, matawang kripto, nasib penentuan, kisah gelap anak anak, Pempengaruh medsos, pemanipulasian fikiran digunakan sebaik mungkin dalam penceritaan yang diawali bagai filem seram kehadiran 2 ibu mencari bantuan untuk membangkitkan anak yang sedang koma, akhirnya memilih jalan membangkitkan ketua penjenayah yang sudah dihukum mati demi kebenaran.
Pilot yang baik, sayang sekali ia ditamatkan secara KABUR, setelah memuaskan tontonan dengan sikap jahat terbalas untuk pentonton tradisional.
Siapa yang JAHAT???
Verdict? PERCUBAAN yang baik untuk Rantau Asia Tenggara bercerita.
#ginareviewfilem #theresurrected
Tonton secara bertahap jika punya waktu. Jika tidak, cari sahaja filem feature 2 jam yang jauh lebih menarik dan kompak.
Magnet siri ini adalah pelakon pelakon hebat dari Taiwan dan Thailand serta settingan lokasi.