Sebuah karya sulung Areel Abu Bakar jadi ada terkurang di sini sana tetapi tetap naskhah filem yang penuh dengan aksi. Lokasi terletak di negeri kedah yang indah dengan sawah bendang dan tenang. Ianya adalah realiti kehidupan keluarga Melayu di zaman moden di mana seorang ayah bersama 3 orang anak yang telah cukup di beri ilmu agama dan ilmu mempertahankan diri. Ia juga telah mengkritik seorang ketua keluarga iaitu seorang ayah yang begitu manjakan anak bongsunya meski telah menimbulkan banyak masalah. Tetapi kalau dah keluarga carik-carik bulu ayam lama- lama bercantum jua. Apa yang saya suka mengenai filem ini adalah aksinya tidak hanya ditonjolkan pada pelakon lelaki sahaja tetapi pelakon wanita, orang-orang tua dan kanak-kanak juga ada berlawan. Memang hebat. Saya faham bahawa mereka ini bukan semua pelakon professional maka lakonannya agak kayu tetapi tidak mengapa kerana mereka ini adalah fighter jadi yang hebat adalah scene berlawan. Saya harap akan ada lagi filem tempatan yang berkualiti dengan membawa budaya masyarakat Malaysia seperti filem ini.