cerita yang menarik walaupun situasi cerita berubah mengikut kesesuaian budaya dan tempat. Secara keseluruhan, penceritaan menjadi samada dari segi lakonan, penghayatan, dan kesesuaian watak. Cuma ada beberapa bahagian yang boleh di perbaiki untuk menjadikan cerita lebih terkesan terutama bahagian bersama dengan perompak. Plot cerita di bahagian itu (bersama perompak) kurang realistik dan mungkin boleh di perkemaskan lagi dari segi gaya fikir seorang perompak, tindakan situasi lebih natural (plot) dan lain-lain. Selain itu, jika boleh di tambahbaik, babak-babak Ara dan Mukhriz semasa mood sayu, berkata ayat-ayat sedih boleh di tekankan lagi lontaran suara sedih dan sayu itu agar keadaan kelihatan lebih menusuk terutama di episod-episod sepuluh terakhir. Untuk awal dan pertengahan, rasanya sudah baik. Syabas. Apa-apa pun, thumps up bagi secara keseluruhan lakonan. Penghayatan menjadi. Tahniah buat semua yang menjayakan.