FILM REVIEW: RAATCHASI
Geetha Rani merupakan pegawai tertinggi kerajaan india beliau telah bersara awal untuk menjadi seorang pendidik. Dari keseluruhan film ini, ada beberapa bahagian yang saya sendiri pelajari , Sikap seorang pemimpin. didalam diri Geetha itu sudah tertanam dan di bentuk semasa beliau di bangku sekolah lagi, Geetha sorang guru yang tegas dan berhikmat (Wisdom) didalam beliau menjalankan tugas nya sebagai seorang guru besar, beliau juga sangat berkaliber, setiap kali beliau ingin “membantu” guru yang kurang bijak dalam mengajar beliau akan bertanya soalan 3 kali sehingga setiap guru tersebut gerun dengan soalan yang ingin di ajukan sebab mereka faham kalau mereka tak mampu untuk melakukan mereka akan di buang dari sekolah sebab sebelum ini guru-guru di sekolah itu hanya sambil lewa sahaja mengajar. Tujuan geetha adalah ingin mennjadikan generasi seterusnya lebih maju dalam pendidikan, perkerjaan supaya Cycle Poverty di negara India semakin kurang, Kepimpinan Geetha bukan sahaja mempengaruhi di sekolah itu, malahan mampu mempengaruhi Kampung, Pegawai Daerah dan menggugat Sekolah Swasta sehingga mereka merasa terancam, ada banyak taktik kotor yang cuba untuk menjatuhkan Geetha sebagai Guru Besar di sekolah itu.
Sebagai Seorang pemimpin, hendaklah kita mengetahui apa yang kita lakukan itu betul atau salah, kita kena mengetahui What behind Why, pemimpin hendahlah sering bertanya Why we do that, jangan malu bertanya. apabila kita kurang bertanya atau tak mau bertanya kita akan menjadi seperti guru-guru di film ini yang hanya sambil lewa sahaja. Pemimpin juga harus kuat dengan pendirian dan berhikmat, cth semasa geetha ingin check setiap kebolehan guru-guru mengajar setiap subject yang dipertanggungjawabkan. Geetha dalam ketegasan beliau dia juga tahu bagaimana mempengaruhi murid-murid, Kathir dalam expresi pertama melihat geetha merupakan malaikat maut, then setelah beberapakali melihat kelembutan geetha kathir melihat bahawa geetha ini malaikat, dan kathir ini masih budak kecil dan dia mau berkahwin dengan geetha. Student perempuan juga pada mula nya segan dan akhrinya mereka melihat bahawa Geetha ini seorang kawan kepada mereka. anak lelaki pegawai daerah itu pada mulanya giveup dengan dirinya dan dia memperhatikan sikap geetha sangat memberi innspirasi kepada dia. disini saya simpulkan bahagian ini bahawa Geetha mempunyai cara pendekatan tersendiri mengikut keselesaan orang sekelilingnnya. sebagai pemimpin juga harus creative dalam membina hubungan antara orang sekeliling. di akhir dari film ini geetha di tahan di balai polis, disini juga dapat diperhatikan bahawa kepimpinn Guru Geetha mampu mempengaruhi semua masyarakat tanpa di suruh.
Sekian dari saya.