.
"Keris Siamang Tunggal"
.
7 Petala Langit seru namanya, 7 Petala Bumi gerun akannya. Keris Sakti Kekuasaan Raja, Keris Sakti Kebesaran Negara.
.
Perjalanan menelusuri sangkala silam. Kali ini @lescopaque membawa penonton berkunjung ke Inderaloka. Sebuah kerajaan indah yang Berlangitkan Awan dan Berbumikan Tanah. Kerajaan yang kini sedang dibawah pemerintahan Sang Durjana. Yang Hak diseru untuk pulang segera, usah lagi berkelana entah ke mana kerana jika hilangnya tahta, maka hancurlah negara.
.
Gabungan watak-watak dari "Cerita Rakyat" yang dahulunya pernah menjadi pengisian hidup seorang anak kecil. Watak atau Nama yang ada dirasakan begitu dekat sekali dengan hati, dan kali ini kesemua mereka disatukan dalam satu cerita. Bersatunya mereka demi satu matlamat.
.
"Dua Jiwa Menjadi Pembela"
.
Maka temuilah Mat Jenin, Nahkoda Ragam, Belalang, Bawang Merah, Pak Belalang, Mak Deruma, Bawang Putih, serta Raja Bersiong dalam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
.
Cinematograpy yang Cantik, dan Runut Bunyi yang Boombastic. Sekalung Tahniah buat keseluruhan Team Les' Copaque Production Sdn. Bhd. kerana berjaya menghasilkan sebuah movie animasi yang sebegini. Saya percaya yang seluruh rakyat Malaysia turut berbangga dengan hasil kerja anda. Proud to be your fans @upinipinofficial..
.
Akhir kata,
Ketahuilah yang,
Air Mata Merungkai Segalanya..
.